Tuesday 30 July 2013

Tiga Perkara Yang Perlu Disegerakan

Assalamualaikum


Tiga perkara yang perlu disegerakan iaitu :

Sabda Rasulullah SAW, "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan, yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : Anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya” iaitu sudah sampai waktu jodohnya.


Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan di lengahkan.

Yang pertama :

Apabila telah masuk waktu solat, maka bersegeralah menunaikannya.

Yang kedua :

Apabila ajal sudah sampai maka segerakan jenazahnya. Nabi saw menyuruh agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan.

Yang ketiga:

Apabila sudah tiba jodoh maka langsungkan perkahwinan. Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memelihara dirinya dari maksiat dan fitnah.


TERIMA KASIH ALLAH

Tuesday 23 July 2013

Tingkatkan keIMANAN

Assalamualaikum

Salam pada semua. Menjelang bulan ramadhan ini seharusnya berbanyakan amalan beribadat kepada Allah. Kerana dengan amal ibadat yang dilakukan hanya mampu mendekatkan diri kepada Allah. Pernah ke terfikir untuk mendekati diri kepada Allah, pasti terasa jauh dengaNya.

Sedar tidak sedar sudah memasuki FASA 2 dalam bulan ramadhan. Indahnya bulan yang penuh barakah ini. Rugilah pada sesiapa yang tidak menggunakan masa yang sebaik-baiknya dalam bulan ini. Warnailah dengan pelbagai amal ibadat yang dikerjakan, moga akan dapat keberkatan setiap amal yang dilakukan. Amin-amin.

Fasa 2 - untuk mendapatkan keampunan dari Allah.


Kadang-kadang ramai yang merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Couple tanpa tidak tahu ada had batas dalam pergaulan. Lalu mula sukanya. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan semata-mata. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang tidak disukai itu sebenarnya baik untuk diri.

Mahukah berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)

“Biarlah kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah sama-sama direnungkan… belum tentu pasangan itu boleh dijadikan suami atau isteri. ‘Bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri, keindahan yang selalu dinikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah hadam dan menjadi perkara biasa.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Amalan Doa Nabi Daud
Marilah hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi semangat dan teguh dalam mencintai Allah SWT sepenuh hati melebihi cinta kepada makhlukNya.
doa2
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.

TERIMA KASIH ALLAH

Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum


Salam buat teman-teman. Lama tidak berbicara dan bercoretan. 


Sempena hendak menyambut bulan yang baik dan penuh barakah, di kesempatan ini hendak ucapkan Salam Ramadhan pada semua kenalan saya, mahupun kenal ataupun tidak. Khas buat saudara Islam yang akan menjalani ibadah puasa dan menjalani ibadat dengan sempurna. InshaAllah, amin-amin.


Mohon maaf sejuta keampunan pada semua kenalan sekiranya saya ada lakukan salah silap pada anda semua. Moga semua dapat melakukan amal ibadat dengan sebaik-baiknya malah amal yang dilakukan akan dapat diterima daripaNya.InshaAllah, amin-amin.


- MOHON KEMAAFAN PADA SEMUA -


Jangan lupa pada kaum Adam & Hawa, Selamat Berpuasa. Lakukan dengan seikhlas hati, setiap amal ibadah yang dilakukan mesti niat kerana Allah.



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK



TERIMA KASIH ALLAH

Saturday 1 June 2013

Syukur

Assalammualaikum

Salam buat kalian. Syukur atas nikmat kurniaan yang telah diberikan. Alhamdulillah hari ini diberikan nafas sekali lagi untuk terus hidup dan menghirup udara yang nyaman serta yang damai dan indah.

Aku bersyukur atas apa yang telah diberikan kepada aku. Aku terima dengan hati yang terbuka.
Pejam celik, 
Pejam celik,
Pejam celik, 
akhirnya aku sudah menamatkan pengajian aku di peringkat Diploma selama 3 tahun. Lama baq haangg ! aku berusaha untuk belajar dan terus belajar. Kini akan bergelar graduan !

Kekadang masalah selalu datang menimpa, tapi apa kan daya, aku sentiasa kuat untuk mengharungi segalanya. Terima kasih pada semua yang sentiasa berada dengan aku ketika susah dan senang.

Sekarang hanya menanti hari untuk Graduate. Tidak sabar rasanya, mungkin hari itu adalah hari yang paling bahagia buat aku dan keluarga atas kejayaan aku selama ini yang belajar sampai naik STRESS pun ada. HAHA !


Inilah satu hadiah yang dapat aku berikan pada kedua ibubapa. Aku tahu pengorbanan mereka selama ini terlalu besar pada aku, mungkin dengan cara ini aku dapat membalasnya. Walaupun ianya sedikit tapi mampu buat mereka bangga atas pencapaian aku. Terima kasih MAK & AYAH.


TERIMA KASIH ALLAH

Monday 20 May 2013

KAWAN

Assalammualaikum

Salam buat teman-teman yang mengenali diri nie...terima kasih kerana pernah jadi kawan yang terbaik...
Tetiba entry kali ini mengenai kawan,,mungkin sebab terbuka salah satu blog,,terus rasa nak buat coretan...Kawan adalah penceria buat seketika :)
Nak cerita pasal kawan terlampau banyak...bukanya punyai sampai kawan beribu mahupun berjuta...cukuplah hanya sekadar yang kenal dan terus jadikan ianya sebagai kawan..




Bak kata orang nak dapatkan kawan yang gembira bersama terlalu ramai, tapi nak dapatkan kawan yang betul-betul setia memang susah,, mungkin satu dalam sejuta pn susah nak dapatkan...

Adakah ini kenyataan ???




Kawan masa zaman kanak-kanak memang semuanya indah,
Tiba waktu sekolah rendah kawan kecil, besar, gaduh, lari-lari dan semuanya best, 
Masa sekolah menengah kawan semua dewasa, faham situasi dan enjoy bila dapat keluar bersama,
Selalu kongsi masalah bersama, bercerita bagai tidak henti bercakap,
Masuk zaman diploma, kawan macam tiada, kawan remaja,
Terasa inginkan kawan yang seperti dulu,, yang sekepala...
Terima kawan yang ada selama nie, merekalah kawan yang akan bersama sampai tamat pengajian..

Terima Kasih Kawan...



Mohon maaf jika ada kesilapan masa akhir-akhir pengajian...
Tahu kalian adalah kawan yang terbaik
Semua yang berlaku secara sepintas lalu telah diharungi bersama, 
- susah senang bersama -
Jika ada salah silap, mahupun terkata, terusik, termara, terdendam, terbuat cerita dan semuanya yang terrrr (yang mengenai perkara buruk)......maaf sejuta kemaafan...


Senyum dari budak kecik  :)




TERIMA KASIH ALLAH

Saturday 18 May 2013

Sweet x??

Assalammualaikum

Indahnya dunia jika semuanya sudah jatuh cinta,,tapi apa kan daya cinta pasti wujud dalam setiap diri manusia...
Hidup berpasangan bagai semua dah bersama,,kemana pergi pasti berdua...
Hidup ceria, susah, senang, berduka adalah bersama...

Indahnya dunia...

Cinta susah nak diungkapkan,,sebab cinta juga kadang kala buat manusia berduka dan ceria...
Cinta lah pada Maha Pencipta...
Kuatkan IMAN padaNYA,,dan barulah cinta pada yang sebenarnya...



Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,,jika sudah ditentukan pasti akan bersama,,
Jika belum tiba masanya,,hanya mampu berusaha dan terus berusaha...



TERIMA KASIH ALLAH

Wednesday 15 May 2013

Cinta Ilahi Atau Cinta Insan?

Assalammualaikum


www.omaQ_.org038

Cinta itu terbahagi lima :
  1. Cinta manusia kepada Tuhannya.
  2. Cinta manusia kepada dirinya.
  3. Cinta kepada orang kerana kecantikannya.
  4. Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya.
  5. Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya
(Petikan dari Kata-kata Hukamak)Istilah cinta seringkali disempitkan penggunaannya oleh masyarakat kita. Apabila terpacul kalimah hikmat tersebut, maka akan terbayanglah di fikiran kita hubungan sesama manusia di antara lelaki dan perempuan. Seharusnya kita sedar bahawa perbincangan megenai cinta itu terlalu luas, dan pecahan pada cinta itu sendiri terlalu banyak.
Dan semestinya cinta yang selayaknya diletakkan di kedudukan yang tertinggi adalah cinta hamba kepada Rabb Al-Jalil. Cinta inilah yang perlu didambai dahulu sebelum kita sibuk mengejar cinta selainnya.
Cuba kita renungkan senandung Tokoh Wanita Sufi, Rabiatul Adawiyah. Moga kata ucapnya yang t’susun indah akan m’jadi pedoman utk kita semua…
“Aku mencintai-Mu oh Tuhan tercinta,
Dengan cinta yang penuh kesenangan,
Kerana Engkaulah yang layak untuk itu,
Adapun cinta hawa,
Maka aku sibuk mengingati-Mu,
Daripada yang lain,
Dan yang menjadi kelayakan-Mu,
Ku harap kau bukan tabir untukku,
Hingga aku dapat memandang-Mu,
Maka ujian dalam hal ini dan itu,
Bukan untukku,
Melainkan hanya untuk-Mu…”
Bagaimana kita hendak menuju CINTA YANG HAKIKI…sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman…hamba-Nya yang melaksanakan tuntutan-Nya seraya meninggalkan larangan-Nya…dan menjadi umat yang menyerahkan diri kita ke hadrat Rabb Al-Jalil di samping mengamalkan Islam sebagai cara hidup…
Hanya taqwa yg menjadi nilaian samada kita berjaya mengejar cinta-Nya ataupun kita masih berada di dalam pencarian…
Cinta Muslim: Cinta Islamik?
Ingin saya mengingatkan kepada semua (termasuklah diri saya sendiri), sebelum berkasih-kasihan sesama manusia dengan menegaskan bahawa diri kita benar-benar terkawal dengan syariat-Nya, cermin diri kita dahulu adakah kita mampu melaksanakan apa yang kita tegaskan itu. Jangan jadi orang-orang yang dimurkai Allah SWT, sebagaiman firman-Nya :
“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan…”(As-Shaff : 2-3)
Kita kata kita mampu bercinta tanpa melanggar adab dan tatacara Islam. Kalau sememangnya kita mampu untuk laksanakannya, silakan. Tetapi sekiranya kita masih ragu-ragu samada kita mampu memelihara diri kita atau tidak, tak perlulah nak sibuk-sibukkan diri dahulu. Mengaji dahulu hingga habis tentang adab pergaulan antara lelaki dan perempuan…
Inilah berdasarkan pemerhatian saya, pada mulanya berniat ikhlas untuk bercinta dengan hasrat untuk menjaganya dari sebarang noda dosa. Jangan lupa, iblis laknatullah sentiasa berada di sisi kita untuk ‘mencucuk’ kita dan seringkali kita ‘terkena’ dengan ‘cucukan’ itu…
Dari inilah terbit dosa-dosa natijah dari hubungan percintaan sebelum kahwin. Niat asal dah mula lari. Pada mulanya bercinta lillahi Taala, tetapi akhirnya niat itu terbabas dan seterusnya menyumbang dosa pada diri pelaku itu sendiri…
Kesimpulannya, sekiranya kita merasakan bahawa diri kita ini masih belum lengkap dengan perisai Iman dan Islam untuk menangkis serangan godaan-godaan syaitan, maka tinggalkanlah. Tidak perlu dikejar cinta yang lahir kerna dunia semata, kerana Yang Maha Pemberi Cinta pasti akan menemukan kita dengan cinta sejati seandainya kita terus patuh menghadap kepada-Nya…
Sekilas pandangan dari hamba-Nya yang dhaif…
Moga kita semua akan ditemukan dengan cinta-Nya yang Maha Agung…amin… Bersamalah kita berusaha untuk menggapai hasrat dan tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi Allah ini sebagai khalifatulardh, insyaAllah…
Allahu Ta’ala a’lam…

TERIMA KASIH ALLAH

Selamat Tiba Bulan Rejab

Assalammualaikum


Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara’
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.
Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

MAKNA / HURAIAN KALIMAH   “  REJAB  “
Rahmat :
Diantara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhunya yang tertentu dan banyak berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya. Pad bulan rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat ganda keampunan dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari allah, diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat darjat yang tinggi didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.
Judu (Pemurah) : 
Begitu sekali pemurahNya dan baikNya allha kepada hambaNya yang beriman dan beralam soleh kepadaNya dengan balasan pahalaNya yang begitu banyak sekali, dan diangkat darjatnya yang tinggi didalam syurgadengan mudahnya diberi keampunan dan taubat yang begitu bangyaknya pula. Sesungguhnya pemurahNya dan baikNya allah terhadap hambaNya pada bulan yang mulia ini.
Berkebajikan : 
Sungguh bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Bulan yang diperintah banuak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang-sembahyang sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat allah, berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa bersedekah, dan segala rupa kebaikkan dan kebajikan yang diperintah Allah dan rasulNya. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar palu anugerah balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian allah dan banyak pula hambaNya lumba-lumba memenuhi amalnya – banyak Allah memberi kebajikan dan banyak pula banyak pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah dekat hambaNya dengan Tuhannya dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan hambaNya. Betapa besar keredhaan allah terhadap hambaNya dan betapa besar pula keredhaan hambaNya terhadap Allah.
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2, 36 dan 37)
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram,  Zulkaedah dan  Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama “Nabi bersabda” Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu”semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam “Maka tanya Rasulullah SAW” Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya” Berpuasalah pada bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan “Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi.” Tambahlah lagi “Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram ) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan”
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 REJAB copy


TERIMA KASIH ALLAH

Saturday 11 May 2013

kembali semula...

Assalammualaikum


hai semua peminat-peminat kecik.. HAHA !
terima kasih ALLAH atas semua perancanganMU,,semua berjalan dengan lancar dan baik...


3 tahun belajar di Penang akhirnya tamat jua...sangat-sangat kagum dan bangga dengan pencapaian diri...
tidak sangka akan menamatkan pengajian di tahap Diploma...
dulu hanya ada SPM,,tapi sekarang sudah ada yang lagi lebih tinggi..
menantikan hari untuk memegang segulung diploma hendaknya,,amin..Terima kasih ALLAH...





tarikh 5 MEI 2013 bersamaan hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
tapi sebaliknya adalah hari perkahwinan abang yang sulung..
Alhamdulillah semuanya selamat diijabkabulkan...tidak sangka lagi kerana sudah ada kakak ipar yang baik..
jadi bertambah la ahli keluarga lepas ni..syukur-syukur..





harapan : semoga semua yang diaturkan dalam dunia ini adalah jalan yang terbaik...inginkan kehidupan yang lebih ceria dan senyum selalu...




TERIMA KASIH ALLAH

Thursday 18 April 2013

Study Week !!!

Assalammualaikum...

terasa berdebar-debar untuk menghadapi Final Exam next week...minggu ni kena la ready betul2..sbb ak skng dh last sem...Ya ALLAH semoga semua dipermudahkan...amin2...

nak sgt2 skor yang terbaik untuk last sem ni...selama ni Alhamdulillah dgn pencapaian yg aku terima,,moga kali ni lbh dari sblm2 ni...nak banggakan mak ayah...:) tentu mak ayah suka...In Shaa Allah..

mohon maaf pada semua yg aku kenali,,moga selama aku kenal maafkan segala kesalahan yg pernah aku buat even sedar or tidak..manusia akan pernah lakukan kesilapan an...terima kasih semua...:)


good luck FINAL EXAM... DO THE BEST UNTIL SUCCESS !!! AMIN....

TERIMA KASIH ALLAH

Saturday 6 April 2013

Alhamdulillah... GET READY FOR VIVA !!!

Assalammualaikum...


Syukur keatas Ilahi dengan nikmat yang telah diberikan,,akhirnya aku berjaya untuk siapkan laporan final projek...seriusly agak sibuk sebab hari-hari kene hadap report tu...bagai buat kerja tanpa henti,, no STOP !!

Aku terus gigih untuk siapakan report untuk kawan-kawan aku skali...Alhamdulillah semua dipermudahkan,, even agak susah untuk dapatkan kerjasama bersama,,tapi kami dapat lakukan dengan terbaik...thanx kawan-kawan...credit to u'olls


Muhamad Luqman Hakim Samsuri
Qhairun Najah Razali
Nurul Nabilah Rusli
Norsyamimi Ibrahim
Safiah Ahmad Sukri


PERSIAPAN...

next week hari VIVA..terasa bahang untuk present dah ada,,kenapa aku jadi macam semangat untuk present,,mugkin ini satu petanda dan rahmat untuk lakukan yang terbaik...Ya ALLAH, kau kuatkan semangat hatiku ini dan teruskan aku semangat untuk tempuh segala dugaan mu ini..permudahkan dan lancarkan semuanya semasa hari VIVA nanti...Amin2..

always think positive,,no more negative thinking,,if sometimes problem always come to disturb my mind...please go over there,,must to focus at VIVA time..hope be a successful results for final project...fighting3 !!!

pada kawan-kawan yang lain,,buat yang betul-betul dan terbaik...Allah selalu ada bersama,,even apa yang berlaku nanti,,terima dengan redha,,mungkin itu adalah satu nasihat dan teguran untuk dijadikan sebagai panduan...

*pada ahli kumpulan aku,,kowg semua berjuang yup,,aku tahu kowg ada keistimewaan dan kehebatan masing-masing...tunjukkan nanti semasa hari VIVA...jadikan hari itu adalah hari dimana kita telah berjuang untuk lakukan Business Research bagi last sem for DIB at PSP !!



TERIMA KASIH ALLAH

Monday 18 March 2013

Pendam Perasaan

Assalammualaikum...


maaf jika diri ini ada lakukan salah silap...akui sebenarnya rasa macam pendam dalam hati,, tapi kenapa xnak bagi tahu...andai diri ini ada lakukan kesalahan,, tegurlah diri ini agar dapat memperbetulkan kesalahan diri...maaf yup !!!

terasa lama dan berjauhan sehinggakan macam tiada masa untuk nak bertegur,,tapi apa kan daya,, mungkin masa yang menghalangnya...setiap masa bagaikan emas dan mutiara,,setiap saat yang berjalan pasti ada makna...

Ya ALLAH ,, tabahkan hati ini agar dapat terus mengharungi semua dugaan, cabaran dan segala apa yang akan aku hadapi... In Shaa Allah,, kekuatan pasti ada untuk diri,, amin2...


TERIMA KASIH ALLAH

Friday 8 March 2013

Keluarga

Assalammualaikum...


Ya Allah,, cepatnya masa berlalu dengan pantas...berat hati untuk meninggalkan suasana dirumah ni... heaven je bila duduk rumah...

Sebab selalu dapat bersama dengan FAMILY... ada emak ayah dan adik beradik,, semua tempuh bersama...

Terasa indah bersama mereka...mereka faham setiap masalah yang dihadapi...dapat kongsi bersama..

Saat paling meriah bila makan bersama plus borak-borak...rindu saat bahagia seperti ni...

Tiada yang seindah dan segembira pabila bersama KELUARGA...





~ SAYANG MEREKA HINGGA HUJUNG NYAWA ~


TERIMA KASIH ALLAH

Thursday 7 March 2013

Kuatkan IMAN !




Begitu indah bila saat bersama
senyum, gurauan, gelak tawa tidak terhingga
tapi tidak sedar bahawa 
perkara maksiat akan sentiasa menghampiri nya...



Ya Allah jika hubungan ini hanya membuatkan aku terleka dari MU 


Ya Allah maka pisahkanlah kami...




Janganlah leka dan alpa padaNYA,, sesungguhnya segalanya adalah kerana Allah

Niat dalam diri, pada hati,, semua kerana Allah





TERIMA KASIH ALLAH

Diri Sendiri


Assalammualaikum...

Salam ukhwah fillah...

Fikir mengenai diri sendiri,,mengapa perlu fikir pasal orang lain???

Adakah orang lain akan fikir pasal diri kita?? Mesti tidak kan,,penat-penat berbuat baik pada orang lain,,tapi biar ikhlas dan sabar dalam berbuat amal kebaikkan,,niat dalam diri kerana ALLAH..moga akan dapat balasan diakhirat sana,,In Shaa Allah..amin-amin semua dipermudahkan…

Kadang-kadang disebabkan kelakuan yang dibuat pasti ada je orang yang tidak senang…biarkan kata-kata diungkapkan dari bibir-bibir luar sana,,biarla buat baik untuk diri jangan buat kerana orang,,bukan nak diingat nya bila dah buat baik…mulut manusia susah nak ditutup,,pasti ada yang ingin kata itu ini,,dah lumrah kehidupan…janji niat buat baik kepada Allah...

Jangan selalu fikir pasal orang lain,,sampaikan diri sendiri yang merana,,susah an??  Setiap nak buat mesti fikir orang lain,,sebab takut nanti orang lain akan mengata..abaikan semua,,bukannya nak berikan kata-kata semangat malah akan selalu buat semangat jadi lutuh dan lusuh bukan utuh dan kukuh !!!

Orang yang betul-betul baik adalah orang yang sentiasa ada bersama dan selalu berikan kata-kata, teguran dan nasihat pada diri seseorang…


Jadi diri sendiri dan sentiasa KUAT hadapi semua rintangan !!!


TERIMA KASIH ALLAH

Sehad @ Sakit

Assalammualaikum...

Salam sekalian...

Kehidupan yang nyata mesti ada ujian dan halangan daripadaNya,,tempuhilah dengan hati yang terbuka..

Dalam kesakitan hanya diri sendiri sahaja yang dapat memahaminya dan malayan karenah yang dinamakan sakit,,setiap detik nafas dan hirup udara (oksigen) adalah demi untuk terus hidup dimuka bumi Allah ini...

Terima Kasih ALLAH

..... berikan saya KEKUATAN untuk terus menghidu udara nyaman didunia yang sementara ini dan memberi pinjam dunia Mu ini,,tetapi diakhirat sana adalah selama-lamanya...takut pada suatu hari nanti nyawa akan terhenti,,bukan buat sementara tapi untuk selamanya...


terus melakar dan menggorak langkah untuk terus berjaya... SUCCESS !!!

buat masa ini KELUARGA adalah peneman dan penceria kehidupan...sehad @ sakit bersama FAMILY adalah pengalaman dan detik yang disukai...sebab terasa manja, dijaga, dihargai dan diperhati setiap masa..

manusia adalah boneka yang hidup didunia ini...kehidupan telah diaturkan....cuma kesihatan yang hadir tidak tahu bila akan dirasai...


TERIMA KASIH ALLAH

Thursday 21 February 2013

Senyuman Manis... ( STRESS!!!)

Salam Sejahtera...

Cerita Pertama...

gembira untuk hari ini disebabkan semua orang aku jumpa, semua aku senyum...

terima kasih Allah,,berikan aku kecerian pada hari ini...hendak juga hari esok lebih baik dari hari ini...

tidak sangka ada someone yg senyum pada aku..dah la dia dlm kelas...

aku nampak dia menguap time kwn tengah presentation...apo larh xfokus la tu kwn tengah present...mesti bosan.. huhu

aku banyak kali ulang alik ke kls dia..bkn apa ak nak pegi ke kls yg seterusnya...yg aku rasa mcm senyum lebar saat ak patah balik ke kls dia,,habis semua kwn2 dia tengok aku...malu sih... semua kwn2 dlm kls senyum pada aku...sgt2 terharu...pesan aku pada dia "tengok depan fokus pada presentation ke depan nun"..dia senyum pada aku... huhu


Cerita Kedua...

stress!!! ngn sowg ni...mcm xde pendirian...nak beli pn dok kena tye pendapat orang...barang sendiri an wat keputusan sndiri la..ni nak gak tye-tye...geram ak dibuatnye...macam-macam tye ak...

kalau time aku xde lak nak jadi baik macam aku...aku separuh mati dok layan karenah perngai dia...Ya Allah ujian apa yg diberikan kepada aku...padahal aku tye dia,,dia wat macam nak xnak je ngn aku...ujian2!!! kena tetap diteruskan...

aku xtau la ape dia anggap aku ni...padahal aku dh cukup baik dengan dia...jaat dan kejam ka aku ni bagi dia??? aku rasa aku dh jadi macam kuli dia lak...hurm,,just tye diri sendiri...sedih kot baq hang!!! ...

xsuka bila dia perli-perli aku...aku xde pn nak perli2 dia...stop ignore!!!


Terima Kasih Allah


takat itu je cita untuk today...Wassalam :)

Wednesday 20 February 2013

bersama imam muda arrazi (TOP 5)

Assalammualaikum...

hai teman-teman dak kecik...semalam sy baru je lepas mengikuti seminar bersama imam muda...

tajuk "Pemantapan dan Penerapan nilai Muamalah di Dalam Pendidikan"

best kan tajuk bagi seminar sebab bersama imam muda tu yang best !!!

ak tak tahu la time imam muda tu cita ak rasa terharu,,macam nak nagis jep...mungkin ak cepat tersentuh dengan kata-kata imam muda...

suka bila buka kisah-kisah zaman dahulu,,tambah-tambah cita yg ada kaitan dengan Rasulullah...ak suka sngat2 !!!

apa-apa pun ak njoy dan suka dalam seminar tu...


thanx to Imam Muda Arrazi kerana sudi hadiri ke Politektik...:)


Thursday 14 February 2013

dekati majlis ilmu...

Assalammualaikum...

Ya Allah begitu besar ilmu yg dikurniakan olehMu kepada hambamu-hambamu...

semalam ak pegi menghadiri majlis ilmu kat kmpng sebelah,,pegi ngan mak dan adik...serius mula2 mcm tak nak pegi,,tapi dh pegi,,Alhamdulillah ak suka majlis ilmu tu...

tajuk "Jihad menuju kejalan Allah" dan "Ikhlas melakukan sesuatu perkara".

ak ingat kat masjid perda je akn ak dengar tazkirah,,rupanye kat cni pn ada..SubhanaAllah...kenapa ak begitu jahil dlm menuntut ilmu...

ak mula dekatkn diri dlm majlis ilmu,,tapi pasni tak dpt la ak hadiri ag,,sbb kena blk penang untuk stdy..xpe kat masjid perda akn ak slalu dgar tazkirah...InsyaAllah..


* ILMU ITU PELITA HIDUP *