Tuesday 30 July 2013

Tiga Perkara Yang Perlu Disegerakan

Assalamualaikum


Tiga perkara yang perlu disegerakan iaitu :

Sabda Rasulullah SAW, "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan, yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : Anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya” iaitu sudah sampai waktu jodohnya.


Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan di lengahkan.

Yang pertama :

Apabila telah masuk waktu solat, maka bersegeralah menunaikannya.

Yang kedua :

Apabila ajal sudah sampai maka segerakan jenazahnya. Nabi saw menyuruh agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan.

Yang ketiga:

Apabila sudah tiba jodoh maka langsungkan perkahwinan. Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memelihara dirinya dari maksiat dan fitnah.


TERIMA KASIH ALLAH

Tuesday 23 July 2013

Tingkatkan keIMANAN

Assalamualaikum

Salam pada semua. Menjelang bulan ramadhan ini seharusnya berbanyakan amalan beribadat kepada Allah. Kerana dengan amal ibadat yang dilakukan hanya mampu mendekatkan diri kepada Allah. Pernah ke terfikir untuk mendekati diri kepada Allah, pasti terasa jauh dengaNya.

Sedar tidak sedar sudah memasuki FASA 2 dalam bulan ramadhan. Indahnya bulan yang penuh barakah ini. Rugilah pada sesiapa yang tidak menggunakan masa yang sebaik-baiknya dalam bulan ini. Warnailah dengan pelbagai amal ibadat yang dikerjakan, moga akan dapat keberkatan setiap amal yang dilakukan. Amin-amin.

Fasa 2 - untuk mendapatkan keampunan dari Allah.


Kadang-kadang ramai yang merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Couple tanpa tidak tahu ada had batas dalam pergaulan. Lalu mula sukanya. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan semata-mata. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang tidak disukai itu sebenarnya baik untuk diri.

Mahukah berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)

“Biarlah kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah sama-sama direnungkan… belum tentu pasangan itu boleh dijadikan suami atau isteri. ‘Bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri, keindahan yang selalu dinikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah hadam dan menjadi perkara biasa.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Amalan Doa Nabi Daud
Marilah hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi semangat dan teguh dalam mencintai Allah SWT sepenuh hati melebihi cinta kepada makhlukNya.
doa2
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.

TERIMA KASIH ALLAH

Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum


Salam buat teman-teman. Lama tidak berbicara dan bercoretan. 


Sempena hendak menyambut bulan yang baik dan penuh barakah, di kesempatan ini hendak ucapkan Salam Ramadhan pada semua kenalan saya, mahupun kenal ataupun tidak. Khas buat saudara Islam yang akan menjalani ibadah puasa dan menjalani ibadat dengan sempurna. InshaAllah, amin-amin.


Mohon maaf sejuta keampunan pada semua kenalan sekiranya saya ada lakukan salah silap pada anda semua. Moga semua dapat melakukan amal ibadat dengan sebaik-baiknya malah amal yang dilakukan akan dapat diterima daripaNya.InshaAllah, amin-amin.


- MOHON KEMAAFAN PADA SEMUA -


Jangan lupa pada kaum Adam & Hawa, Selamat Berpuasa. Lakukan dengan seikhlas hati, setiap amal ibadah yang dilakukan mesti niat kerana Allah.



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK



TERIMA KASIH ALLAH