Assalamualaikum
Tiga perkara yang perlu disegerakan iaitu :
Sabda Rasulullah SAW, "Wahai Ali, ada tiga perkara
janganlah di lewat-lewatkan, yang pertama : Solat apabila telah masuk
waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : Anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya” iaitu sudah sampai waktu jodohnya.
Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan
di lengahkan.
Yang pertama :
Apabila telah masuk waktu solat, maka bersegeralah menunaikannya.
Yang kedua :
Apabila ajal sudah sampai maka segerakan jenazahnya. Nabi saw menyuruh agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah
itu telah selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan.
Yang ketiga:
Apabila sudah tiba jodoh maka langsungkan perkahwinan. Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis
supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya.
Ia bertujuan untuk memelihara dirinya dari maksiat dan fitnah.
TERIMA KASIH ALLAH
No comments:
Post a Comment