Monday, 20 May 2013

KAWAN

Assalammualaikum

Salam buat teman-teman yang mengenali diri nie...terima kasih kerana pernah jadi kawan yang terbaik...
Tetiba entry kali ini mengenai kawan,,mungkin sebab terbuka salah satu blog,,terus rasa nak buat coretan...Kawan adalah penceria buat seketika :)
Nak cerita pasal kawan terlampau banyak...bukanya punyai sampai kawan beribu mahupun berjuta...cukuplah hanya sekadar yang kenal dan terus jadikan ianya sebagai kawan..




Bak kata orang nak dapatkan kawan yang gembira bersama terlalu ramai, tapi nak dapatkan kawan yang betul-betul setia memang susah,, mungkin satu dalam sejuta pn susah nak dapatkan...

Adakah ini kenyataan ???




Kawan masa zaman kanak-kanak memang semuanya indah,
Tiba waktu sekolah rendah kawan kecil, besar, gaduh, lari-lari dan semuanya best, 
Masa sekolah menengah kawan semua dewasa, faham situasi dan enjoy bila dapat keluar bersama,
Selalu kongsi masalah bersama, bercerita bagai tidak henti bercakap,
Masuk zaman diploma, kawan macam tiada, kawan remaja,
Terasa inginkan kawan yang seperti dulu,, yang sekepala...
Terima kawan yang ada selama nie, merekalah kawan yang akan bersama sampai tamat pengajian..

Terima Kasih Kawan...



Mohon maaf jika ada kesilapan masa akhir-akhir pengajian...
Tahu kalian adalah kawan yang terbaik
Semua yang berlaku secara sepintas lalu telah diharungi bersama, 
- susah senang bersama -
Jika ada salah silap, mahupun terkata, terusik, termara, terdendam, terbuat cerita dan semuanya yang terrrr (yang mengenai perkara buruk)......maaf sejuta kemaafan...


Senyum dari budak kecik  :)




TERIMA KASIH ALLAH

Saturday, 18 May 2013

Sweet x??

Assalammualaikum

Indahnya dunia jika semuanya sudah jatuh cinta,,tapi apa kan daya cinta pasti wujud dalam setiap diri manusia...
Hidup berpasangan bagai semua dah bersama,,kemana pergi pasti berdua...
Hidup ceria, susah, senang, berduka adalah bersama...

Indahnya dunia...

Cinta susah nak diungkapkan,,sebab cinta juga kadang kala buat manusia berduka dan ceria...
Cinta lah pada Maha Pencipta...
Kuatkan IMAN padaNYA,,dan barulah cinta pada yang sebenarnya...



Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,,jika sudah ditentukan pasti akan bersama,,
Jika belum tiba masanya,,hanya mampu berusaha dan terus berusaha...



TERIMA KASIH ALLAH

Wednesday, 15 May 2013

Cinta Ilahi Atau Cinta Insan?

Assalammualaikum


www.omaQ_.org038

Cinta itu terbahagi lima :
  1. Cinta manusia kepada Tuhannya.
  2. Cinta manusia kepada dirinya.
  3. Cinta kepada orang kerana kecantikannya.
  4. Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya.
  5. Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya
(Petikan dari Kata-kata Hukamak)Istilah cinta seringkali disempitkan penggunaannya oleh masyarakat kita. Apabila terpacul kalimah hikmat tersebut, maka akan terbayanglah di fikiran kita hubungan sesama manusia di antara lelaki dan perempuan. Seharusnya kita sedar bahawa perbincangan megenai cinta itu terlalu luas, dan pecahan pada cinta itu sendiri terlalu banyak.
Dan semestinya cinta yang selayaknya diletakkan di kedudukan yang tertinggi adalah cinta hamba kepada Rabb Al-Jalil. Cinta inilah yang perlu didambai dahulu sebelum kita sibuk mengejar cinta selainnya.
Cuba kita renungkan senandung Tokoh Wanita Sufi, Rabiatul Adawiyah. Moga kata ucapnya yang t’susun indah akan m’jadi pedoman utk kita semua…
“Aku mencintai-Mu oh Tuhan tercinta,
Dengan cinta yang penuh kesenangan,
Kerana Engkaulah yang layak untuk itu,
Adapun cinta hawa,
Maka aku sibuk mengingati-Mu,
Daripada yang lain,
Dan yang menjadi kelayakan-Mu,
Ku harap kau bukan tabir untukku,
Hingga aku dapat memandang-Mu,
Maka ujian dalam hal ini dan itu,
Bukan untukku,
Melainkan hanya untuk-Mu…”
Bagaimana kita hendak menuju CINTA YANG HAKIKI…sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman…hamba-Nya yang melaksanakan tuntutan-Nya seraya meninggalkan larangan-Nya…dan menjadi umat yang menyerahkan diri kita ke hadrat Rabb Al-Jalil di samping mengamalkan Islam sebagai cara hidup…
Hanya taqwa yg menjadi nilaian samada kita berjaya mengejar cinta-Nya ataupun kita masih berada di dalam pencarian…
Cinta Muslim: Cinta Islamik?
Ingin saya mengingatkan kepada semua (termasuklah diri saya sendiri), sebelum berkasih-kasihan sesama manusia dengan menegaskan bahawa diri kita benar-benar terkawal dengan syariat-Nya, cermin diri kita dahulu adakah kita mampu melaksanakan apa yang kita tegaskan itu. Jangan jadi orang-orang yang dimurkai Allah SWT, sebagaiman firman-Nya :
“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan…”(As-Shaff : 2-3)
Kita kata kita mampu bercinta tanpa melanggar adab dan tatacara Islam. Kalau sememangnya kita mampu untuk laksanakannya, silakan. Tetapi sekiranya kita masih ragu-ragu samada kita mampu memelihara diri kita atau tidak, tak perlulah nak sibuk-sibukkan diri dahulu. Mengaji dahulu hingga habis tentang adab pergaulan antara lelaki dan perempuan…
Inilah berdasarkan pemerhatian saya, pada mulanya berniat ikhlas untuk bercinta dengan hasrat untuk menjaganya dari sebarang noda dosa. Jangan lupa, iblis laknatullah sentiasa berada di sisi kita untuk ‘mencucuk’ kita dan seringkali kita ‘terkena’ dengan ‘cucukan’ itu…
Dari inilah terbit dosa-dosa natijah dari hubungan percintaan sebelum kahwin. Niat asal dah mula lari. Pada mulanya bercinta lillahi Taala, tetapi akhirnya niat itu terbabas dan seterusnya menyumbang dosa pada diri pelaku itu sendiri…
Kesimpulannya, sekiranya kita merasakan bahawa diri kita ini masih belum lengkap dengan perisai Iman dan Islam untuk menangkis serangan godaan-godaan syaitan, maka tinggalkanlah. Tidak perlu dikejar cinta yang lahir kerna dunia semata, kerana Yang Maha Pemberi Cinta pasti akan menemukan kita dengan cinta sejati seandainya kita terus patuh menghadap kepada-Nya…
Sekilas pandangan dari hamba-Nya yang dhaif…
Moga kita semua akan ditemukan dengan cinta-Nya yang Maha Agung…amin… Bersamalah kita berusaha untuk menggapai hasrat dan tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi Allah ini sebagai khalifatulardh, insyaAllah…
Allahu Ta’ala a’lam…

TERIMA KASIH ALLAH

Selamat Tiba Bulan Rejab

Assalammualaikum


Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara’
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.
Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

MAKNA / HURAIAN KALIMAH   “  REJAB  “
Rahmat :
Diantara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhunya yang tertentu dan banyak berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya. Pad bulan rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat ganda keampunan dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari allah, diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat darjat yang tinggi didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.
Judu (Pemurah) : 
Begitu sekali pemurahNya dan baikNya allha kepada hambaNya yang beriman dan beralam soleh kepadaNya dengan balasan pahalaNya yang begitu banyak sekali, dan diangkat darjatnya yang tinggi didalam syurgadengan mudahnya diberi keampunan dan taubat yang begitu bangyaknya pula. Sesungguhnya pemurahNya dan baikNya allah terhadap hambaNya pada bulan yang mulia ini.
Berkebajikan : 
Sungguh bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Bulan yang diperintah banuak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang-sembahyang sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat allah, berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa bersedekah, dan segala rupa kebaikkan dan kebajikan yang diperintah Allah dan rasulNya. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar palu anugerah balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian allah dan banyak pula hambaNya lumba-lumba memenuhi amalnya – banyak Allah memberi kebajikan dan banyak pula banyak pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah dekat hambaNya dengan Tuhannya dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan hambaNya. Betapa besar keredhaan allah terhadap hambaNya dan betapa besar pula keredhaan hambaNya terhadap Allah.
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2, 36 dan 37)
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram,  Zulkaedah dan  Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama “Nabi bersabda” Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu”semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam “Maka tanya Rasulullah SAW” Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya” Berpuasalah pada bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan “Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi.” Tambahlah lagi “Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram ) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan”
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 REJAB copy


TERIMA KASIH ALLAH

Saturday, 11 May 2013

kembali semula...

Assalammualaikum


hai semua peminat-peminat kecik.. HAHA !
terima kasih ALLAH atas semua perancanganMU,,semua berjalan dengan lancar dan baik...


3 tahun belajar di Penang akhirnya tamat jua...sangat-sangat kagum dan bangga dengan pencapaian diri...
tidak sangka akan menamatkan pengajian di tahap Diploma...
dulu hanya ada SPM,,tapi sekarang sudah ada yang lagi lebih tinggi..
menantikan hari untuk memegang segulung diploma hendaknya,,amin..Terima kasih ALLAH...





tarikh 5 MEI 2013 bersamaan hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
tapi sebaliknya adalah hari perkahwinan abang yang sulung..
Alhamdulillah semuanya selamat diijabkabulkan...tidak sangka lagi kerana sudah ada kakak ipar yang baik..
jadi bertambah la ahli keluarga lepas ni..syukur-syukur..





harapan : semoga semua yang diaturkan dalam dunia ini adalah jalan yang terbaik...inginkan kehidupan yang lebih ceria dan senyum selalu...




TERIMA KASIH ALLAH